Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Bersatu sedia ambil alih suara orang Melayu

Berjaya pupuskan pengaruh UMNO di Terengganu dan Kedah

BANGI, 25 Safar 1445H, Isnin – Parti Bersatu sudah bersedia mengambil alih suara orang Melayu ketika ini dan masa depan.

Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris berkata, tiada lagi istilah parti itu sebagai serpihan sebaliknya dakwaan berkenaan hanyalah dakyah golongan hasad dengki, bongkak dan sombong.

Katanya, kejayaan Bersatu dalam PRU14 merupakan satu titik penting bagi parti itu, dan juga bagi perjalanan demokrasi di Malaysia.

“Ia menunjukkan walaupun baru ditubuhkan dua tahun sebelum PRU14, agenda perjuangan dan juga saf kepimpinan yang ditawarkan diterima baik sehingga membawa kepada kemenangan.

“Sehingga PRU-15, Bersatu terus cemerlang memenangi 25 kerusi bersama sahabat politiknya, PAS (49 kerusi) termasuk menang penuh bergaya di PRN baharu-baharu ini di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Selain berjaya menambah kerusi di Pulau Pinang dan Selangor serta memberi cabaran di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) kini telah memupuskan pengaruh UMNO di Terengganu dan Kedah, hampir tiada di Kelantan.

Katanya, petanda berkenaan jelas menunjukkan orang Melayu hari ini semakin menyedari adanya parti pilihan membawa suara orang Melayu Pribumi tanpa mencicirkan kaum-kaum lain.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button