Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

‘Adakah saya dianggap penjenayah kerana perjuang Melayu, Islam?’

Muhyiddin gesa henti perguna 3R untuk pendakwaan terpilih

KUALA LUMPUR, 27 Safar 1445H, Rabu – Kerajaan mesti menghentikan pendakwaan terpilih dalam isu agama, raja dan kaum (3R), yang dilihat sebagai cubaan untuk menghalang pendapat.

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian selepas banyak siasatan dijalankan terhadapnya kerana didakwa menyentuh isu 3R ketika ucapan politik sebelum ini.

Beliau berkata, pemimpin blok kerajaan yang membuat kenyataan bermotifkan prejudis kaum tidak dihukum walaupun banyak laporan polis dibuat terhadap mereka.

“Adakah pemimpin Melayu seperti saya dianggap penjenayah kerana menyuarakan kepentingan orang Melayu dan Islam? Sejak bila pemimpin Melayu negara ini tidak boleh membincangkan perkara sebegitu?

“Penjajah British sudah lama meninggalkan tanah air kita, tetapi nampaknya dasar yang dilaksanakan kerajaan Madani hari ini lebih teruk daripada dasar penjajah,” katanya di Dewan Rakyat.

Semalam, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu diambil polis dalam siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa berkaitan 3R yang dibuat pada minggu kempen sebelum pilihan raya kecil 9 Ogos di Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penyiasat dijangka bertemu semula dengan Muhyiddin pada 14 September untuk satu lagi pusingan soal siasat.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, pembinaan negara bertamadun adalah berdasarkan kebolehan pemimpin untuk berpegang pada janji dan berpegang kepada prinsip integriti dan amanah.

“Jadi, untuk mencapai objektif ini, kita tidak seharusnya merujuk kepada angka semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah amanah dan kredibiliti yang dipikul oleh kepimpinan kerajaan.

“Ini bagi memastikan ekonomi negara berkembang pesat, kebajikan rakyat terpelihara dan kebebasan mereka dipelihara dengan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang (dalam Rukun Negara).

“Berdasarkan prinsip ini, saya menggesa kerajaan berhenti menyiasat dan menganiaya secara selektif atas alasan 3R untuk menentang rakyat secara senyap,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button