Berita Utama

Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan

Wakil rakyat mesti ambil serius isu kesihatan

KUALA LUMPUR, 27 Safar 1445H, Rabu – Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata, ia susulan saranan yang dibuat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap perlu dibuat terhadap semua Ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.

“Saya amat prihatin dan mengambil berat terhadap tahap kesihatan melibatkan Ahli Yang Berhormat di dalam dan di luar Dewan Rakyat malahan terdapat kes yang menyebabkan kematian.

“… sehubungan itu, surat pelaksanaan pemeriksaan kesihatan kepada Ahli Yang Berhormat telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat semalam, 12 Sept 2023,” katanya dalam pemakluman semasa sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan kesihatan ini boleh dilaksanakan di Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia atau di klinik kesihatan atau fasiliti swasta seperti yang diperincikan dalam surat itu dan tarikh akhir bagi menjalani pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Oktober ini.

Johari berkata, beliau telah menyaksikan kira-kira 11 Ahli Parlimen ‘tumbang’ sepanjang tempoh 15 tahun, justeru, beliau meminta wakil rakyat supaya mengambil serius isu kesihatan mereka. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button