Motif Zahid ke konvensyen DAP meragukan
Seolah 'sujud syukur' kerana terima UMNO bentuk kerajaan campuran

Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 27 Safar 1445H, Rabu – Kehadiran Presiden UMNO ke Konvensyen Kebangsaan DAP 2023 baru-baru ini, seolah-olah satu bentuk ‘sujud syukur’ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana DAP menerima parti Melayu itu untuk membentuk kerajaan campuran.
Bukan hanya dilihat canggung dan menjelikkan, Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad turut meragui motif sebenar Ahmad Zahid apabila menghadiri konvensyen parti cauvinis berkenaan.
Beliau menyifatkan tindakan Ahmad Zahid meragukan kerana setelah berpuluh tahun UMNO memomokkan rakyat terhadap bahaya DAP disebabkan idea sekular, rasis dan ideologi ‘Malaysian Malaysia’ yang tidak berperlembagaan, hakikatnya beliau kini hadir dalam pertemuan terbesar parti utama Cina itu.
“Adakah beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada DAP kerana membentuk kerajaan campuran yang akhirnya melepaskan beliau dari semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram?
“Nampaknya setelah dihukum rakyat dalam PRU15 dan PRN 2023, UMNO masih belum berani menolak presiden mereka yang ternyata menjadi satu beban besar kepada parti,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kehadiran pimpinan UMNO yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Konvensyen Kebangsaan DAP 2023, kelmarin.
Selain Ahmad Zahid yang dijemput sebagai tetamu kehormat di konvensyen berkenaan, turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Berita berkaitan;
Zahid Presiden UMNO pertama pecah tradisi hadir ke persidangan DAP
Zahid Presiden UMNO pertama pecah tradisi hadir ke persidangan DAP
Zahid Presiden UMNO pertama pecah tradisi hadir ke persidangan DAP