Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Pangsapuri di Hanoi terbakar ragut puluhan nyawa

Kejadian mula di parkir bangunan kediaman 10 tingkat

HANOI, 27 Safar 1445H, Rabu – Sebuah blok pangsapuri di ibu negara Vietnam, Hanoi terbakar sehingga mengakibatkan puluhan nyawa terkorban.

Saksi memberitahu, kebakaran bermula sebelum tengah malam Selasa di kawasan parkir di bangunan kediaman 10 tingkat itu.

“Pihak berkuasa telah menyelamatkan kira-kira 70 orang, dengan 54 mangsa telah dihantar ke hospital, termasuk puluhan yang lain disahkan meninggal dunia.

“Ini adalah kebakaran yang sangat serius,” kata agensi berita rasmi Vietnam dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kebakaran berjaya dipadamkan pada pagi Rabu, setelah pasukan penyelamat bergelut untuk mengakses ke bangunan itu – yang terletak di lorong sempit dalam kawasan perumahan di barat Hanoi.

Balkoni kecil bangunan pangsapuri itu dikelilingi besi, di mana blok apartmen hanya mempunyai satu pintu keluar dan tiada tangga kecemasan di bahagian luar.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 150 orang tinggal di bangunan pangsapuri itu.

Vietnam kerap mengalami insiden kebakaran maut sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang sering berlaku di  tempat hiburan seperti bar karaoke popular.

Tahun lalu, kebakaran di sebuah bar karaoke tiga tingkat di hub komersial bandar Ho Chi Minh mengorbankan 32 nyawa.

Seramai 17 orang turut cedera dalam kebakaran itu, dengan pemiliknya ditahan atas tuduhan berkaitan melanggar peraturan pencegahan kebakaran.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button