Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

UNESCO sahkan delegasi Israel hadir persidangan di Riyadh

Lawatan pertama kali Israel ke Arab Saudi meski tanpa hubungan rasmi

GENEVA, 27 Safar 1445H, Rabu – UNESCO mengesahkan laporan mengenai kehadiran delegasi diplomatik Israel ke persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia di Arab Saudi.

“Kami mengesahkan delegasi dari negara Israel, yang merupakan negara pihak kepada Konvensyen Warisan Dunia UNESCO, hadir pada sesi ke-45 Jawatankuasa Warisan Dunia yang diadakan di Riyadh,” kata UNESCO tanpa memberikan butiran lanjut.

Isnin lalu, pegawai Israel turut mengesahkan laporan itu, dan mendakwa bahawa kehadiran itu adalah kali pertama delegasi melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi – meskipun kedua-dua negara berkenaan tiada hubungan rasmi.

Delegasi itu terdiri daripada pegawai Kementerian Luar Israel, menurut sumber yang tidak dinamakan yang didakwa tiada kuasa untuk bercakap kepada media.

Sebelum ini, radio tentera Israel melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi menolak visa masuk kepada Menteri Luar, Eli Cohen dan Menteri Pendidikan, Yoav Kisch untuk menghadiri persidangan antarabangsa yang sama.

Kebelakangan ini, Israel sering mendakwa kemungkinan normalisasi hubungan dengan Arab Saudi, namun Riyadh berulang kali mengesahkan bahawa langkah itu tidak akan berlaku sebelum penyelesaian konflik Israel-Palestin dicapai.

Riyadh kini menjadi tuan rumah Persidangan Warisan Dunia UNESCO selama 16 hari sehingga 25 September ini.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button