Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

JAINJ bantu sekolah tahfiz ada kekangan dapat kelulusan

Berusaha beri pendedahan mengenai kewajipan mendaftar

ISKANDAR PUTERI, 28 Safar 1445H, Khamis – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesan sebanyak 266 buah sekolah agama swasta di sekitar Johor  yang masih belum berdaftar dan diluluskan penubuhannya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia membabitkan 31 buah sekolah tahfiz, 12 buah pondok agama, 10 sekolah rendah Islam dan 213 prasekolah.

“Sebagai makluman tambahan, JAINJ kini giat berusaha untuk memberi pendedahan tentang kewajipan mendaftar kepada institusi pendidikan peringkat prasekolah.

“Bagi sekolah-sekolah tahfiz yang ingin berdaftar dalam negeri Johor, sekolah itu perlu melalui beberapa proses kelulusan mengikut Kaedah-Kaedah Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1981,” kata beliau ketika menjawab soalan lisan Gan Peck Cheng (PH-Penggaram) pada persidangan DUN Johor hari ini.

Mohd Fared berkata, JAINJ juga akan terus memantau dan membantu sekolah tahfiz yang mempunyai kekangan dalam mendapatkan kelulusan pendaftaran daripada pelbagai pihak.

Setakat ini, terdapat 37 sekolah agama swasta merangkumi kategori sekolah tahfiz, sekolah pondok, sekolah menengah Islam dan sekolah rendah Islam dalam proses untuk mendapatkan pendaftaran penuh dan melengkapkan dokumen pendaftaran mereka, kata beliau.

Terdahulu, Gan bertanyakan bilangan sekolah-sekolah agama swasta yang tidak berdaftar dan proses pemutihan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button