Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Pendapat

Kita hanya ada Kerajaan Malaysia, bukan Kerajaan Madani

Sebutlah dengan betul, nama kerajaan tidak boleh ditukar atau ditambah

KITA hanya ada Kerajaan iaitu KERAJAAN MALAYSIA, bukan Kerajaan Madani atau Malaysia Madani.
Kalau ahli Parlimen tidak faham konsep asas hidup bernegara, apa yang boleh diharapkan lagi
Saya mendengar dengan teliti perbahasan Parlimen yang sedang berlangsung sekarang. Penggunaan istilah Kerajaan Madani dalam perbahasan menjadi saya terpanggil untuk memperbetulkannya, kelakar.
Penambahan istilah menjadi bahan ketawa dunia. Tak usahkan tambah Madani. Gunakan madani sebagai tema atau cogan kata parti yang memerintah, itu bolehlah
Gunakanlah istilah ini dengan betul, tidak usahlah dipolitikkan, kerana ia akan menjadi bahan ketawa dunia.
Kerajaan Madani yang dirujuk kepada Kerajaan Malaysia, tidak pernah wujud dalam perkamusan Sejarah.
Kerajaan Malaysia adalah Kerajaan Malaysia. Buatlah macam mana, ia tidak akan menjadi Malaysia Madani.
Kerajaan yang berdaulat adalah Kerajaan Malaysia, Madani tidak berdaulat, kerana ia bukan negara.
Penggunaan Madani akan berubah apabila kerajaan berubah nanti. Jadi, gunakanlah istilah dan konsep Kerajaan dengan betul, iaitu, Kerajaan Malaysia.
Ada tiga bentuk Kerajaan yang kerap digunakan dalam pengistilahan politik merujuk kepada penggunaan kerajaan iaitu Kerajaan sesebuah negara, Kerajaan Malaysia, kerajaan Negeri-Negeri dan Kerajaan Tempatan (PBT).
Kerajaan Malaysia berdaulat, Kerajaan Madani tidak berdaulat, sebab tidak ada negara nama Madani.
Sebutlah dengan betul, Kerajaan Malaysia, kita juga tidak ada Kerajaan PH, Kerajaan BN, Kerajaan PAS dan apa juga kerajaan yang dikaitkan dengan parti. Parti menang itu yang menguruskan Kerajaan. Nama Kerajaan tidak boleh ditukar atau ditambah.
Kerajaan tetap kekal, parti politik datang dan pergi. Berhentilah menyebut kerajaan dengan disinonimkan dengan tema atau moto parti. Hodoh sangat, nampak sangat kebodohan kita.
“Kerajaan Perpaduan” pun penggunaan begitu kontroversi dalam dunia akademik.
Selalu sebut Kerajaan Malaysia kerana Malaysia adalah negara. Madani bukan negara, tetapi istilah.
Janganlah kerana terlalu obsesi kita menjadi bodoh sehingga tidak boleh bezakan antara istilah Kerajaan negara dengan istilah Madani, hanya kerana mahu menunjukkan kita membawa sesuatu yang nampak macam luar biasa.
Walhal ia bukan luar biasa, ia hanya menampakkan kebodohan kita.
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button