Berita Utama

MP kerajaan gesa Anwar jawab isu DNAA Zahid

Jelaskan dalam masa terdekat atau pada sesi PMQT

KUALA LUMPUR, 28 Safar 1445H, Khamis – Ahli Parlimen kerajaan mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan mengenai keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hassan Abdul Karim, (PH-Pasir Gudang) berkata, ahli kedua-dua belah Dewan Rakyat sentiasa bertanya soalan mengenai isu itu, sama ada di dalam atau di luar Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Ahli Parlimen perlu dibenarkan bertanya soalan mengenai DNAA semasa Waktu Soalan Perdana Menteri (PMQT).

“Dari sudut undang-undang, apa yang dilaporkan dalam akhbar itu adalah khabar angin. Bagaimanapun, saya juga percaya bahawa perdana menteri tidak terlibat dalam perkara itu kerana kita pernah membincangkan kebebasan kehakiman dan bagaimana ia mesti dijaga dan beliau (Anwar) bersetu) mengenai perkara tersebut).

“’I will not throw my leader under the bus’ (Saya tidak akan membelakangi pemimpin parti saya). Saya akan mempertahankannya di Dewan ini.

“Justeru, saya harap beliau dapat menjelaskan dalam Dewan, sama ada dalam masa terdekat atau semasa sesi PMQT,” katanya semasa sesi perbahasan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Hassan berkata, beliau juga tidak berpuas hati dengan keputusan Peguam Ngara (AG), dan menggesa beliau memikul tanggungjawab.

Berikutan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) memanggil kedua-dua AG dan bekas AG untuk menjelaskan perkara itu.

“PSSC berhak (memanggil mereka) kerana kedua-dua jawatankuasa dan Parlimen mempunyai integriti,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button