Rumah Putih bantu pendatang bekerja di New York
Pendatang digesa mohon suaka, permit kerja

WASHINGTON, 28 Safar 1445H, Khamis – Rumah Putih mengumumkan akan membantu pendatang yang layak untuk memohon permit bekerja dalam masa terdekat.
Sejak musim bunga 2022, New York telah menyaksikan ketibaan lebih 90,000 pendatang dan individu yang mencari suaka.
Datuk Bandar New York, City Eric Adams berkata, kira-kira 57,000 orang telah menerima bantuan dan kini bandar itu beroperasi pada hadnya.
Sementara itu, Gabenor New York, Kathy Hochul dan Datuk Bandar Adams menggesa Joe Biden dan pemimpin kongres memudahkan pengambilan pekerja yang sah daripada kalangan 60,000 pendatang di bawah jagaan bandar itu.
“Kami mahu mendapatkan individu yang layak bekerja secepat mungkin,” katanya.
Dalam sidang akhbar, pegawai Rumah Putih menggariskan kempen kesedaran awam bertujuan menggesa pendatang memohon suaka serta permit kerja.
Pegawai dari pentadbiran Biden juga mengumumkan penempatan 50 pekerja persekutuan ke bandar termasuk perkhidmatan yang boleh mereka akses. – Agensi