Berita UtamaDunia

Gempa Bumi Magribi: 50,000 rumah musnah sepenuhnya

Bantuan kecemasan RM13,580 dihulur pada keluarga terkesan

MARRAKESH, 29 Safar 1445H, Jumaat – Kira-kira 50,000 kediaman musnah sepenuhnya atau sebahagian dalam tragedi dahsyat gempa bumi berukuran 7 magnitud di Magribi.

Dalam mesyuarat yang dipengerusi Raja Muhammah VI, Mahkamah Diraja Maghribi berkata, kerajaan akan memberi bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (RM13,580) kepada keluarga yang terkesan akibat gempa berkenaan.

Bantuan kewangan secara langsung sebanyak 140,000 dirham (RM63,373) juga diberikan kepada pemilik kediaman yang musnah sepenuhnya.

Manakala 80,000 dirham (RM36,213) pula akan diberikan kepada pemilik kediaman yang hanya terkesan sebahagian sahaja .

Sehingga kini kira-kira 2,946 yang terkorban dan 5,674 yang cedera apabila gempa bumi kuat melanda negara itu, Jumaat minggu lalu.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa berlaku pada kedalaman 18.5 kilometer, iaitu 75 kilometer (46.6 batu) barat daya Marrakech.

Malah, Institut Geofizik Kebangsaan Magribi berkata, kejadian gempa bumi itu adalah yang paling kuat melanda negara Afrika Utara dalam tempoh satu abad ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button