Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

5,000 rumah rosak akibat banjir dahsyat Libya

Bekalan air minuman terputus kerana rangkaian air runtuh

TRIPOLI, 30 Safar 1445H, Sabtu – Kira-kira 5,000 rumah dilaporkan rosak akibat banjir dahsyat yang disebabkan oleh taufan Daniel di wilayah Jabal Akhdar, timur laut Libya.

Menurut kerajaan perpaduan Libya pada Jumaat, bencana itu juga mengakibatkan rangkaian air runtuh sehingga menyebabkan bekalan air minumam terputus di beberapa kawasan.

“Wilayah ini memerlukan penyelenggaraan dan pembinaan semula kira-kira 35 kilometer jalan yang rosak, dan 20km saluran saliran air hujan utama,” kata Pihak Berkuasa Projek Perumahan dan Utiliti.

Sekurang-kurangnya 6,000 orang terbunuh dan ribuan yang lain masih hilang akibat banjir buruk melanda Libya pada hujung minggu lalu.

Hujan lebat akibat taufan Daniel melanda beberapa kawasan pada Ahad lalu di wilayah timur Libya, membabitkan Benghazi, Al-Bayda, Al-Marj, Soussa dan Derna.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button