Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Bantuan mangsa banjir Libya sedikit, belum cukup tampung keperluan

Sukarelawan hadapi waktu sukar salurkan bantuan, akses tersekat

DERNA, 1 Rabiulawal 1445H, Ahad – Bantuan dan tenaga kerja yang diterima Libya sangat sedikit walaupun sudah hari kelima banjir dahsyat melanda negara itu yang meragut nyawa ribuan orang. 

Tragedi bermula pada malam Ahad apabila dua empangan runtuh berhampiran Derna di timur Libya, berikutan Ribut Daniel.

Ribut itu menyebabkan banjir di Wadi Derna, sungai yang mengalir dari Pergunungan Hijau melalui bandar dan ke laut.

Bulan Sabit Merah Libya berkata, jumlah kematian di bandar paling teruk terjejas, Derna, kini meningkat dengan cepat kepada 11,300.

Keseluruhan kawasan kejiranan dihanyutkan dan kira-kira 10,000 orang masih hilang.

Walaupun usaha tindak balas kecemasan telah bermula, dan pasukan antarabangsa telah dikerahkan, pekerja bantuan di lapangan berharap lebih banyak sokongan disalurkan.

Jurucakap Palang Merah di Libya, Bashir Omar berkata, keutamaan sekarang ialah mengeluarkan sejumlah besar mayat yang dihanyutkan di sekitar bandar itu.

“Kami mempunyai kira-kira 400 sukarelawan dan fokus sekarang untuk mengeluarkan mayat. 

“Kami perlukan masa untuk menilai jumlah kematian dan rumah yang telah musnah,” tambahnya, sambil menunjukkan angka korban kemungkinan jauh lebih tinggi daripada rekod rasmi.

Menurut Bashir, menyampaikan bantuan kepada orang ramai bukanlah satu proses yang mudah.

“Semakin sukar untuk kami salurkan bantuan kerana jalan raya terputus, dan talian sambungan, internet dan elektrik terjejas,” katanya. 

Pekerja bantuan memberitahu, meskipun terdapat bantuan disalurkan, ia masih belum cukup untuk menampung keperluan keseluruhan mangsa terjejas. 

“Ramai yang kelaparan dan dehidrasi di tahap melampau. Beberapa bantuan telah tiba, cuma ia tidak diagihkan dengan betul.

“Pakaian antara isu besar. Satu malapetaka apabila wanita, kanak-kanak dan semuanya tinggal sehelai sepinggang.  

“Kasut pun penting, kerana orang ramai berjalan tanpa alas kaki,” kata seorang sukarelawan dan penterjemah yang berpangkalan di Dera, Wael Habil. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button