Berita UtamaDunia

Kapal kargo pertama tiba di Ukraine, bawa 20,000 tan gandum untuk pasaran dunia

Russia didakwa mengancam dan menyerang kapal awam yang belayar ke Moscow

KYIV, 1 Rabiulawal 1445H, Ahad – Dua buah kapal kargo tiba di Pelabuhan Ukraine selepas melalui Laut Hitam dengan menggunakan laluan baharu, lapor pihak berkuasa.

Dua kargo itu tiba di Pelabuhan Chornomorsk, merupakan ketibaan pertama sejak Julai lalu dan membawa muatan 20,000 tan gandum untuk pasaran dunia.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Olessandr Kubrakov berkata, kedua-dua kapal kargo itu – Resilient Africa dan Aroyat membawa anak kapal yang terdiri daripada warganegara Ukraine, Azerbaijan dan Mesir.

Ketibaan kapal menggunakan laluan baharu selepad Russia menangguhkan perjanjian yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turkiye bagi memudahkan eksport bijirin Ukraine dari Chornomorsk dan dua pelabuhan yang lain, sejak Julai lalu.

Moscow sebelum ini menangguhkan perjanjian selepas mendakwa sebahagian perjanjian yang membenarkan eksport makanan dan bajanya tidak dihormati.

Sejak itu, Russia mengancam kapal awam yang belayar ke Ukraine sebagai sasaran tenteranya.

Selain mengancam kapal yang melalui Laut Hitam, Moscow turut menyasarkan infrastruktur pelabuhan Ukraine.

Malah, Russia juga telah berulang kali menyerang dan mengganggu operasi termasuk Pelabuhan Izmail dan Reni, tempat eksport bijirin Ukraine berlepas sejak Julai. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button