Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Larangan Abaya: Wanita Perancis berhimpun di kedutaan

Tindakan segera perlu dilakukan untuk tamatkan Islamofobia

VIENNA, 1 Rabiulawal 1445H, Ahad – Penunjuk perasaan berhimpun di hadapan kedutaan di Vienna sebagai bantahan berhubung larangan pemakaian Abaya di semua sekolah di Perancis.

Perhimpunan aman itu disertai peserta yang memakai abaya sambil membawa sepanduk ditulis ‘Abaya adalah hak dan identiti kita’, ‘Jangan menilai wanita daripada pakaian mereka’ dan ‘pakaian saya, pilihan saya’.

Larangan terbaharu yang dikeluarkan kerajaan Perancis itu dianggap sebagai pelanggaran terhadap kebebasan peribadi selain telah mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Antara yang menonjol dalam menyuarakan bantahan adalah aktivis wanita, Baraa Bolat yang mempunyai pengikut ramai di media sosial.

Baraa menyifatkan larangan kerajaan sebagai menjatuhkan maruah dan tidak sepatutnya berlaku dalam dunia moden hari ini.

Wanita tidak seharusnya dinafikan soal kepercayaan agama dan pilihan pakaian mereka, sama ada abaya atau tudung.

“Kita hidup dalam abad ke-21 dan amalan ini tidak sepatutnya berterusan.

“Wanita sepatutnya mempunyai autonomi untuk memutuskan cara mereka mahu berpakaian, sama seperti saya dan ramai lagi di sini.

“Kami tidak mahu larangan ini merebak atau dilaksanakan di Austria atau negara-negara lain kerana ia pelanggaran hak asasi manusia,” katanya.

Beliau turut menekankan kebangkitan Islamofobia yang membimbangkan di banyak negara di seluruh dunia, mengetengahkan Perancis kerana dasar anti-Islamnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambahnya, tindakan segera diperlukan untuk menamatkan Islamofobia.

Hujung bulan lalu, Menteri Pendidikan Perancis Gabriel Attal mengumumkan pelajar yang memakai pakaian yang melambangkan agama seperti abaya dilarang menghadiri kelas pada sesi persekolahan.– Agensi

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2023/08/28/selepas-tudung-abaya-pula-diharamkan-di-sekolah-perancis/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button