Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Pengundi kembali pangkah UMNO jika buang pemimpin korup

Jika nak ubati penyakit kronik kenal pasti dulu puncanya

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 1 Rabiulawal 1445H, Ahad – Idea UMNO bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) mungkin memberi kesan yang baik, namun ‘dua perkara’ harus diselesaikan jika parti itu mahu sokongan berterusan. 

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, penting untuk pimpinan UMNO mengambil tindakan serius terhadap punca utama kejatuhan parti dan mencari jalan penyelesaian sekiranya benar-benar ingin mengubah nasib.

Jelas beliau, jika kita hendak mengubati penyakit kronik atau memperbaiki sesuatu benda ibarat tersimpul benang, maka kita perlulah mengenal pasti punca sebenar sebab berlakunya perkara itu. 

“Dalam hal ini, punca utama UMNO hilang sokongan, ada dua; satu pemimpin utamanya yang bermasalah rasuah dengan 47 kes mahkamah (meski dilepas tanpa bebas), kedua Presiden UMNO bekerjasama dengan Anwar dan DAP. 

“Bekerjasama dengan Anwar itu… boleh tahan lagi, tetapi bekerjasama dengan DAP sangat-sangat tidak diterima oleh ahli-ahli UMNO.

“Hatta orang Melayu yang tidak berparti pun tak boleh terima. Bagilah apa alasan segunung emas pun…payah… jangan bagi alasan walhal orang Melayu lebih mengerti daripada pemimpin-pemimpin korup UMNO itu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Prof Ahmad Atory berkata, masalah mungkin boleh selesai juga jika mereka mengisytihar Perlembagaan parti diubah atau kembali kepada prinsip asas Perlembagaan Malaysia. 

“Kalau sudah diketahui puncanya, maka lebih elok UMNO buang pemimpin korup mereka.

“Dan kedua bertanding secara solo kembali.. kalau begitu gayanya, saya pun akan pangkah UMNO macam dulu-dulu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button