Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Purata 22 kanak-kanak AS ditembak setiap hari

470 tembakan, 25,000 kematian berkait senjata api direkod 8 bulan tahun ini

DUBAI, 1 Rabiulawal 1445H, Ahad – Sejumlah 470 insiden tembakan besar-besaran berlaku di seluruh Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2023, menyebabkan lebih 25,000 rakyat negara itu maut akibat keganasan senjata api, lapor Xinhua memetik Gulf News.

Menurut artikel yang diterbitkan, purata 22 kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah ditembak setiap hari dan kebanyakan mangsa maut akibat tembakan selain kematian disebabkan bunuh diri.

Budaya senjata api telah menjadi sebahagian daripada hak perlembagaan AS, sudah sebati dalam pemikiran sehingga insiden kanak-kanak yang ditembak setiap hari tidak membawa sebarang perubahan dalam status quo, lapor Gulf News.

Dalam menghadapi realiti yang menyedihkan ini, Senator Demokrat Chris Murphy memberitahu CNN bahawa “ini adalah satu-satunya negara di dunia, lelaki yang gagal berdepan realiti, meluahkan rasa marah dengan melakukan pembunuhan besar-besaran.”

Keganasan senjata api telah menjadi isu yang memecahbelahkan dan membawa maut dalam masyarakat AS sejak sekian lama.

Kematian akibat kecederaan berkaitan senjata api juga meningkat di AS sejak 2004, dengan angka pada 2021 mencecah rekod tertinggi sejumlah 48,830 orang, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button