Dunia

56 karavanserai Iran disenarai Warisan Dunia UNESCO

Struktur paling berpengaruh sebagai hentian rehat laluan perdagangan purba

TEHRAN, 2 Rabiulawal 1445H, Isnin – Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyenaraikan karavanserai Iran – perhentian rehat di sepanjang laluan perdagangan purba negara itu – ke dalam Senarai Warisan Dunia.

Keputusan untuk mendaftarkan 56 karavanserai, hanya sebahagian kecil daripada struktur yang dibina di Iran, dibuat di Riyadh ketika sesi ke-45 Jawatankuasa Warisan Dunia.

Karavanserai menyediakan tempat tinggal, makanan dan air untuk jemaah haji dan pengembara lain, menurut UNESCO di laman webnya.

Iran mempunyai lebih daripada 200 karavanserai di laluan perdagangan bersejarah yang merentasi negara menghubungkan Asia dan Eropah, termasuk Jalan Sutera.

“Ia dianggap sebagai contoh karavanserai yang paling berpengaruh dan berharga di Iran, dengan mendedahkan pelbagai gaya seni bina.

“Ia termasuk penyesuaian kepada keadaan iklim dan bahan binaan, di sepanjang beribu-ribu kilometer serta dibina selama berabad-abad,” kata UNESCO.

Antaranya ialah karavanserai Qasr-e Bahram berhampiran bandar Semnan, Deyr-e Gachin berhampiran Qom dan Anjireh Sangi berhampiran Yazd.

Iran kini mempunyai 27 tapak bersejarah yang disenaraikan oleh UNESCO, termasuk kota purba Persepolis di ibu kota Empayar Achaemenid, biara Armenia di barat laut dan bandar bersejarah Yazd.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button