Artikel Khas

Kalau Tun M jilat ludah, DAP makan tahi

Ultra kiasu cukup takut jika kejayaan 4 negeri PN pengaruhi negeri lain

PEMIMPIN ultra kiasu DAP nyanyuk, yang sudah bersara kata, Tun Mahathir jilat ludahnya, kerana ‘kembali’ bersama empat kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS (PN) sebagai penasihat. Dua-dua pihak sudah setuju bekerjasama, kenapa kamu sakit hati ultra kiasu?

Kamu kata, Tun M ibarat jilat ludah sendiri, habis tu kamu dengan bekerjasama dengan UMNO yang kamu anggap sebagai kleptokrat, penyamun, perompak, perasuah dan macam-macam lagi tuduhan, itu apa pula? Ibarat makan tahi sendirilah pula bukan?

Sekurang-kurangnya Tun M setuju bekerjasama dia ada prinsip. Sebagai negarawan yang paling lama menjadi Perdana Menteri, dia mahu menyumbang. Gunakan segala pengalaman, jaringan dan kepakaran yang ada, bukan macam kamu, perosak, pejuang Malaysian Malaysia dan negara sekular. Tidak mahu menerima hakikat yang kamu tinggal di Tanah Melayu.

Ultra kiasu ini mengingatkan kembali berkenaan pandangan Tun M apa yang disebut sebagai amanat Hadi pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sebagai bertanggungjawab memecah-belahkan orang Melayu-Islam di Malaysia. Sekarang, Mahathir menjilat ludahnya sendiri (eating his own words). Kalau dia jilat ludahnya, adalah ludah sendiri, kamu sakit hati kenapa? Lebih baik jilat ludah sendiri daripada makan tahi sendiri.

Lebih menghairankan lagi, ketika PAS bersama kamu, dalam Pakatan Rakyat, tidak pula kamu bangkitkan soal Amanat Haji Hadi. Kenapa bila berpisah, amanat Haji Hadi muncul pula. Dahulu waktu bersama PAS, kamu jilat apa pula. Berapa kali kamu jilat, sehingga termakan tahi sendiri.

Benarlah yang dituduh terhadap parti kamu sebelum ini, anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis dan menyebarkan Islamofobia. Kalau kamu rasa tuduhan itu tidak betul, samanlah Presiden PAS, kenapa diam membisu. Itu menunjukkan dakwaannya betul.

Ternyata kamu sudah tua dan nyanyuk. Tun M belum nyanyuk lagi walaupun dia lebih tua daripada kamu. Sebab itulah, orang pandai ambil Tun M sebagai penasihat, sebab belum nyanyuk seperti kamu.

Soal petikan dalam buku Mahathir itu yang menyentuh amanat Hadi yang menurutnya sekian lama menjadi panduan ahli dan penyokong PAS, itu biarlah orang PAS yang menentukannya, sama ada mahu menerima atau menolak. Dalam buku itu, ultra kiasu berkata Tun M ada mendakwa, berlaku pemulauan dalam keluarga berdasarkan sokongan politik dan ada ahli PAS yang benar-benar menganggap ahli UMNO sebagai “kafir”. Jika sebelum ini tiada perpecahan agama dalam kalangan Melayu Islam, kini ia ada. Dan jurang itu dalam, bukan berpunca daripada ajaran Islam tetapi politik,” kata ultra kiasu memetik kata Mahathir yang memimpin UMNO pada dekad 1980-an dan 1990-an, yang mana PAS merupakan seteru politik utama parti itu.

Ini masalah dalaman orang Islam, tidak payah menyibuk dan campur tangan. Lagi pun, kamu tahu apa makna kafir-mengkafir. Kalau orang PAS, terima atau tolak, itu hak dia. PAS bukan hidup atas ihsan parti kamu ultra kiasu DAP.

Kepada negarawan Tun M, teruskanlah kerjasama untuk membantu negeri-negeri di bawah pimpinan PAS (PN) itu. Sebenarnya, ultra kiasu ini cukup takut, jika dalam lima tahun mendatang, negeri-negeri ini akan bertambah baik dan maju berbanding negeri-negeri lain.

Dengan nasihat Tun M nanti, tidak mustahil, dengan izin Allah, kesemua empat negeri ini akan berkembang pesat, mengatasi negeri-negeri lain kononnya mengamalkan cita rasa Madani iaitu bebas rasuah, tanpa perompak dan penyamun. Walhal indah khabar dari rupa. Sama-sama kita saksi masa yang berbaki lebih kurang empat tahun ini.

Saya sendiri yang tinggal di negeri Selangor hampir 40 tahun, kononnya negeri terkaya, tergolong juga termaju, mahu saksikan sendiri, apakah benar-benar kaya dan maju. Kalau benda kecil yang menjadi asas penduduk rekreasi, contoh dewan badminton, semua lantainya masih lagi bersimen, kayu (parket) dan tercabut, membahayakan, usahlah bercakap soal kaya dan maju.

Berbanding dengan DBKL, boleh dikatakan semua lantai dewan badminton mereka bergetah, lampu dewan sentiasa ikut perkembagan, tidak silau. Ini baru namanya maju, sukan yang menyihatkan. Benda ini nampak kecil, tetapi yang kecil itu besar. Ini baharu satu contoh. Kalau saya bawa contoh lain nanti, tak nampak majunya Selangor.

Saya harap, negeri-negeri lain dapat mencontohi DBKL, dalam usaha untuk menambatkan hati anak-anak muda. Selain daripada membasmi kemiskinan, keperluan asas, seperti sukan sihat ini juga dapat diberikan keutamaan.

Sudah ditakdirkan Allah, empat negeri di bawah pimpinan PAS (PN), Allah kurniakan hasil bumi yang tidak ada pada negeri lain seperti minyak, gas dan nadir bumi. Inilah besarlah kuasa Allah. Bayangkanlah, jika berjaya digembelingkan sepenuhnya nanti, penuh integriti, hebat kesemua negeri ini. Ini yang menjadi ketakutan ultra kiasu.

Ultra kiasu cukup takut negeri-negeri yang dilabelkan sebagai T@lib@n ini maju dan membangun pesat, dapat membasmi kemiskinan, rakyat mendapat kemudahan asas yang canggih dan sebagainya.

Ultra kiasu juga takut jika kesemua negeri ini dapat membuktikan bahawa tanpa judi, arak, aktiviti persundalan dan alat ekonomi haram yang lain, ia boleh maju dan berkembang pesat. Jika ini berjaya, pasti kejayaan ini akan merebak ke negeri lain. Ultra kiasu cukup takut, jika kejayaan empat negeri ini nanti akan mempengaruhi negeri-negeri lain di bawah ultra kiasu.

Semua ini tidak mustahil dengan izin Allah, atas nasihat Tun M, berjaya untuk digembelingkan. Pokoknya, jangan ada rasuah, perompak, kleptokrat, penyamun dan pencuri.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button