Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Lantik Tun M penasihat SG4 bukan tanda tak hormat Kerajaan Persekutuan

Usaha pelbagai cara tingkatkan ekonomi 4 negeri PN

KUALA NERUS, 2 Rabiulawal 1445H, Isnin – Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat empat negeri atau ‘State-Government 4’ (SG4) bukan tanda Perikatan Nasional (PN) tidak menghormati Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keempat-empat negeri ini hanya berusaha untuk memacu perkembangan ekonomi tempatan.

Justeru, beliau mempersoalkan pihak yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak menghormati Kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak faham kerana apa yang kita laksanakan mencari jalan sebanyak mungkin dengan pelbagai cara untuk meningkatkan tahap ekonomi empat negeri yang ditadbir PN.

“Apa juga usaha yang kita buat, adakah ini dikira tidak menghormati kerajaan Persekutuan? Itu yang saya tidak faham sebab pada peringkat ini, kita bekerja erat dengan Kerajaan Persekutuan dengan pelbagai agensi dan kementerian.

“Jadi, saya tidak faham atau mungkin ia hasad dengki atau iri hati pihak tertentu,” katanya seperti dilapor BH.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya percaya kerajaan negeri wajar mengusahakan pelbagai langkah bagi mencapai objektif pembangunan dan ekonomi yang ditetapkan.

“Saya boleh katakan, dalam pertemuan pertama kerajaan negeri dengan Tun M baru-baru ini, sepanjang 40 minit pertemuan itu, satu pun tidak menyentuh soal politik, sebaliknya hanya bercakap soal pentadbiran dan bagaimana mahu meningkatkan ekonomi,” katanya.

Mempertahan tindakan itu, Ahmad Samsuri menyatakan bahasa sebelum ini pada 2018, Terengganu turut melantik Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor untuk membantu melonjakkan ekonomi dan pembangunan negeri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button