Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Perkasa M40 antara fokus Belanjawan 2024

Ramai golongan M40 termasuk dalam golongan B40 selepas pandemik COVID-19

IPOH, 2 Rabiulawal 1445H, Isnin – Memperkasakan kumpulan M40 akan menjadi antara fokus dalam Belanjawan 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata, golongan pertengahan memerlukan bantuan dan perlu diperkasakan kerana mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara.

“Disebabkan pandemik COVID-19, 20 peratus daripada M40 termasuk dalam kategori B40.

“Mereka adalah penjana ekonomi dan tenaga kerja, dan merekalah yang akan berbelanja dalam ekonomi tempatan. Kami mahu memperkasakan mereka,” katanya.

Sim berkata, fokus bajet lain termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“PKS membentuk kira-kira 98 peratus daripada ekonomi negara.

“Kami mahu membantu usahawan kami menyusun semula dan menambah nilai kepada industri mereka, dan kami mahu melihat industri berteknologi tinggi dan bernilai tinggi dibawa masuk.

“Kita tidak mahu perniagaan hanya berkembang maju, tetapi juga sihat, kuat dan pintar, supaya mereka boleh di peringkat serantau dan global, bukan sahaja di negara ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button