Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

SSM bakal libatkan KPKT urus ‘Ah Long’

Peranan terhad untuk pastikan perniagaan didaftar ikut undang-undang

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulawal 1445H, Isnin – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi merangka penyelesaian membendung kemunculan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ‘Ah Long’.

Ia akan menilai beberapa bahagian di bawah undang-undang bagi membatalkan peruntukan yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Antara peruntukan itu termasuk Seksyen 5C Akta Pendaftaran Perniagaan, Seksyen 51 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad dan Seksyen 549 Akta Syarikat.

Suruhanjaya itu seperti dilapor New Straits Times berkata, sebagai pengawal selia syarikat, peranannya terhad untuk memastikan semua perniagaan didaftar dan dijalankan mengikut undang-undang di bawah bidang kuasanya.

Atas sebab itu, SSM memerlukan bukti kukuh sebelum membatalkan sebarang pendaftaran bagi mengelak semakan kehakiman.

SSM akan bekerjasama dengan kementerian memandangkan perkhidmatan yang disediakan oleh perunding haram ‘Ah Long’ melanggar Akta Pemberi Pinjam Wang, yang terletak di bawah bidang kuasa kementerian.

“Kami memerlukan sabitan undang-undang sebelum menamatkan pendaftaran mana-mana perniagaan.

“Jadi, kami komited dengan perkara ini (membendung penyalahgunaan pendaftaran perniagaan untuk perkhidmatan perunding ‘Ah Long’).

“Kami bertemu kementerian (hari ini) untuk membincangkan bagaimana boleh bekerjasama dalam isu ini,” kata suruhanjaya itu.

SSM menjawab laporan NST mengenai kewujudan pengantara yang mengambil kesempatan daripada kelompongan rangka kerja undang-undang kewangan dalam menyediakan perkhidmatan perundingan haram.

Memaparkan diri sebagai perunding Ah Long yang ‘berdaftar’, mereka kononnya mendakwa mempunyai kepakaran untuk berunding dengan peminjam wang haram dan melindungi pelanggan daripada ugutan fizikal.

Sebaliknya, berdasarkan semakan mendapati kumpulan ini beroperasi semata-mata dengan pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan oleh SSM.

Mereka yang telah mendapatkan perkhidmatan kumpulan ini mendakwa telah mengalami banyak kerugian.

Suruhanjaya itu bagaimanpun menafikan bahawa pihaknya gagal menyelia perniagaan berdaftar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button