Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Mesir buka semula masjid Uthmaniyyah tertua di Kaherah

Pemulihan masjid inisiatif pulih tapak bersejarah Islam

KAHERAH, 3 Rabiulawal 1445H, Selasa – Mesir merasmikan masjid Uthmaniyyah tertua di Kaherah selepas Kementerian Pelancongan dan Antikuiti menjalankan kerja-kerja pemulihan ke atas struktur itu.

Masjid ini berkongsi tapak yang sama dengan makam Sayed Sariya era Fatimiyah dan terletak di dalam Kubu Salah Al-Din yang terkenal – pengasas dinasti Ayyubiyah yang membebaskan Baitulmaqdis daripada tentera salib pada tahun 1187.

Menurut Reuters, pemulihan masjid Suleyman Pasha Al-Khadim abad ke-16 – yang asalnya dibina pada 1528 oleh gabenor Uthmaniyyah yang dinamakan sempena namanya – mengambil masa lima tahun di bawah pengawasan Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir dan Pertubuhan Arab untuk Perindustrian.

“Untuk membezakan masjid Uthmaniyyah, menara biasanya berbentuk pensil.

“Masjid itu terdiri daripada kawasan solat, kawasan sekitarnya, perkuburan Fatimiyyah dan sekolah al-Quran,” kata Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti, Mostafa Waziri.

Projek pemulihan masjid itu dilaporkan menelan belanja lebih AS$161,000 dan sebahagian daripada inisiatif serupa oleh pihak berkuasa Mesir untuk memulihkan tapak bersejarah Islam di Kaherah Lama.

Bulan lalu, Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi membuka semula Masjid Sayidina Nafisa yang telah dipulihkan.

Ini susulan perasmian dan pengubahsuaian Masjid Al-Hakim era Fatimiyah – masjid keempat tertua di Mesir awal tahun ini.

Penghujung Ogos, Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly menyelia pembukaan Sinagong Ben Ezra abad ke-12 yang diubah suai di Kaherah – sebagai salah satu struktur tertua di negara itu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button