Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Pengaruh Tun M tarik pelabur manfaat untuk SG4

Gigit jarilah golongan yang anti kerana politik Tun Mahathir belum tamat

BANGI, 3 Rabiulawal 1445H, Selasa – PelantikanTun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir PAS atau ‘State-Goverment 4’ (SG4) dianggap sebagai keputusan yang bijak.

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia, Shahrulufti Sharif percaya tindakan itu atas dasar tokoh negarawan tersebut sangat berpengalaman dan memiliki pengetahuan yang luas terutama dalam bidang teknologi serta telekomunikasi.

Beliau juga mempunyai hubungan dan kenalan dengan pemimpin-pemimpin antarabangsa termasuk peneraju-peneraju teknokrat terkemuka antarabangsa, selain mempunyai reputasi yang kukuh dalam sektor teknologi dan perhubungan antarabangsa.

Shahrulufti berkata, pengalaman Dr Mahathir dalam menjalin hubungan dengan pemimpin dan perniagaan di negara-negara seperti Jepun dan Korea dapat menjadi aset berharga untuk dimanfaatkan oleh kerajaan SG4 yang lemah dan serba kekurangan.

“PUTRA menyambut baik, bersikap positif dan tidak bersangka buruk atau prejudis semata-mata kerana kepentingan politik atau menjadi penjilat dan pengampu. Apabila ada personaliti akademik bercakap merapu ianya amat memalukan. Kucing lebih cerdik walaupun tidak bertaraf profesor.

“Apabila kerajaan PAS melantik Tun M sebagai penasihat SG4, riuh-rendah hentam Tun M. Tun M tidak meminta untuk dilantik sebagai ‘penasihat tidak rasmi SG4’ dan kerajaan SG4 yang melantik Tun M. Mesti ada sebab-sebabnya dan mudah sangat untuk faham kalau bukan otak kayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Shahrulufti yakin pengaruh Dr Mahathir akan dimanfaatkan untuk menarik pelabur ke Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

“Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk dengan politik sebagai pemimpin Bersatu dan Pengerusi PN. Pemimpin kerajaan SG4 juga sentiasa bertemu dalam mesyuarat dengan TSMY.

“Kerajaan Pusat Madani terutama PMX jelas bermusuh dengan pemimpin-pemimpin PAS. Laungan kononnya semua negeri dilayan sama rata sekadar nak tunjuk berjiwa besar tapi hanya retorik sembang kari macam Do Re Mi,” katanya.

Shahrulufti berpendapat, PAS sama sekali tidak akan melantik Tengku Razaleigh Hamzah memegang jawatan itu kerana pernah melabelkan parti politik itu sebagai ‘pelacur politik’.

Manakala jauh sekali Tengku Razaleigh yang masih menjadi ahli UMNO sudi apabila memahami sikapnya pada pemimpin-pemimpin.

“Siapa lagi tokoh yang PAS boleh manfaatkan untuk membangun negeri SG4. Yang pandai bercakap ramai tapi tong kosong.

“Kesimpulannya, pilihan Tun M oleh PAS adalah langkah strategik dan dengan peranan ini, Tun M masih relevan dan makin popular. Gigit jarilah, golongan anti Tun M. Politik Tun M belum tamat,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button