Berita Utama

ISMA anjur ‘Wacana Kesatuan Umat Islam Serantau’ 30 September

Tampil 10 cendekiawan dari tujuh negara

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 5 Rabiulawal 1445H, Khamis – Buat julung kalinya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menganjurkan ‘Wacana Kesatuan Umat Islam Serantau’ yang menampilkan sepuluh cendekiawan daripada tujuh negara pada 30 September ini.

Bertempat di Universiti Malaya, wacana itu bakal menjawab persoalan bagaimana umat Islam dapat membangunkan kembali kekuatan mereka di negara ini dan kembali bersatu walaupun ada sempadan geografi negara yang dibangunkan penjajah.

Meskipun ia menjadi halangan, Perunding Kanan Hubungan Antarabangsa ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yakin terdapat banyak formula untuk bersatu, malahan tiada kemungkinan sempadan itu mengehadkan kesatuan umat Islam.

May be an image of ‎11 people and ‎text that says "‎WACANA KESATUAN UMAT ISLAM SERANTAU سرانتاو اسلام اومت کساتوان واچان Professor Wan Teh Merican Thanh Hoang Haji Melayong Ustaz Muhammad Maad Ahmad Aljunied Ahmad Omar haiand Muhammad Prof. Syamsuddin PERSOALAN PENTING BAKAL DIKUPAS Apakah ancan cuan Apakah bersoalan SEPTEMBER 2023 8.00 4.30 PETANG BILIK FAKULTI PERUBATAN, UNIVERSITI MALAYA TERHAD KEPADA 100 PESERTA SAHAJA ANJURAN ایکتن مسلمين isma مليسيا PESERTA wacanaserantau.isma.org.my ATAU AHMAD 011-57850658 RM 100 IuMalaysa‎"‎‎

“Jadi di sini kami akan menganjurkan satu wacana.

“Kita memanggil cendekiawan daripada seluruh Nusantara begitu juga dengan tokoh NGO dan politik, pimpinan masyarakat sejarawan dan seumpamanya untuk sama-sama kita berdiskusi pada 30 September di Universiti Malaya,” katanya menerusi video dimuat naik Facebook ISMA hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Fauzi berkata, bumi Nusantara yang cukup bertuah bagi bangsa Melayu ini telah pun memberi mereka satu kawasan untuk dihuni dan dimakmurkan dengan begitu baik sumber serta tenaga kerjanya.

Namun, kekayaan yang ada di bumi ini akhirnya dicemburui oleh pihak yang datang dari barat dan timur.

“Mereka datang dengan penuh kekuatan sama ada kekuatan ketenteraan, ekonomi, tipu daya akhirnya kita terjajah.

“Apabila kita terjajah maka di situ mereka telah menjadikan bumi kita ini seolah-olah ladang untuk mendapatkan hasil bagi membangunkan tanah mereka.

“Dan di sinilah berlakunya dalam sejarah kita menyaksikan satu demi satu perjanjian yang telah berjalan tanpa kerelaan penuh daripada kita,” katanya.

Menurutnya, rakyat melihat bagaimana berlakunya pajakan Pulau Pinang, Perjanjian Pangkor, Perjanjian Bangkok malah perjanjian yang membabitkan Singapura dan negeri-negeri yang lain.

“Dan apabila berlalunya masa dengan perjanjian-perjanjian tersebut akhirnya kita jadilah seperti ini yang mana kita terpecah menjadi negara-negara yang seolah-olah tidak mempunyai hubungan di antara satu dengan yang lain.

“Jadi kepada semua yang mempunyai hati untuk melihat bagaimana umat Islam di rantau ini akan bersatu kembali mengetepikan segala sempadan yang dicipta oleh penjajah, saya jumpa untuk hadir ke wacana ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button