Berita UtamaDunia

Larangan abaya langgar prinsip sekularisme

Peguam hujah bukan pakaian agama dalam rayuan di Mahkamah Tinggi Perancis

PARIS, 5 Rabiulawal 1445H, Khamis – Abaya bukan pakaian agama, dan larangan ke atas pakaian longgar ini melanggar prinsip sekularisme, kata seorang pendakwaraya.

Pendakwaraya itu mewakili tiga kesatuan institusi pendidikan di Perancis yang memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Perancis baru-baru ini yang menyokong pengharaman abaya.

Kesatuan Sud Education Paris, La Voix Lyceenne dan Le Poing Leve Lycee di Perancis telah memfailkan rayuan terhadap ketetapan Majlis Negara pada 7 September yang menyokong larangan abaya, jubah longgar dan labuh yang dipakai beberapa pelajar Islam di sekolah.

Peguam kesatuan itu, Clara Gandin meminta penangguhan perintah terdahulu semasa perbicaraan Mahkamah pada hari Selasa.

Clara memberitahu Anadolu selepas mahkamah mendengar bahawa persepsi orang ramai terhadap abaya adalah bukan pakaian keagamaan.

Beliau memetik ahli sejarah sekular, pakar budaya Islam dan pihak berkuasa agama untuk menyokong dakwaannya.

Menurut Clara, Menteri Pendidikan Perancis, Gabriel Attal berkata, larangan ini melanggar prinsip sekularisme, dan hanya pelajar yang beragama Islam tidak boleh memakai abaya di sekolah.

Ariane Anemoyannis, seorang pelajar universiti dan ahli kesatuan Le Poing Leve yang menghadiri perbicaraan itu, menyifatkan larangan itu sebagai satu ‘skandal’.

Larangan itu adalah langkah anti-Muslim, Islamofobia yang menyasarkan wanita muda yang beragama Islam atau dianggap sebagai Muslim, kata Ariane.

Sementara itu, feminis dan peguam, Yelena Mandengue berkata, kerajaan terus melaksanakan dasar yang melanggar hak wanita dengan larangan abaya.

Mahkamah mengekalkan pengharaman abaya kerajaan dalam keputusan September, mengisytiharkan ia sah.

“Larangan ini tidak secara serius melanggar dan tidak nyata menyalahi hak untuk menghormati kehidupan peribadi, kebebasan beragama, hak untuk pendidikan … atau prinsip tanpa diskriminasi,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Keputusan Mahkamah dibuat selepas Vincent Brengarth, seorang peguam bagi Muslim Rights Action (ADM), memfailkan rayuan pada 31 Ogos dengan Majlis Negara untuk meminta penggantungan larangan ke atas abaya, yang hujahnya, melanggar ‘beberapa kebebasan asasi’.

Tindakan kontroversi itu mencetuskan tindak balas terhadap kerajaan, yang dikritik sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana menyasarkan umat Islam, termasuk serbuan ke atas masjid serta yayasan kebajikan, dan undang-undang ‘anti-separatisme’ yang mengenakan sekatan luas ke atas masyarakat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button