Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PRK Pelangai: Cuaca diramal cerah sebelah pagi esok

Mungkin ribut petir dan hujan pada sebelah petang

KUANTAN, 6 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Keadaan cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Bentong esok, diramal cerah pada sebelah pagi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang, Nazian Zainal Abidin ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, kawasan tersebut diramal akan dilanda ribut petir dan hujan pada sebelah petang, manakala hujan pada malamnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi PRK DUN Pelangai yang akan bermula pada 9 hingga 10 pagi.

PRK Pelangai diadakan pada 7 Oktober ini, susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button