Berita UtamaDunia

Tiada keamanan Timur Tengah tanpa beri hak Palestin

Mahmoud Abbas gesa sidang PBB hidupkan semula rundingan damai

NEW YORK, 6 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan bahawa keamanan di Timur Tengah tidak dapat dicapai sehingga rakyat Palestin diberikah hak penuh.

Beliau berkata demikian pada Perhimpinan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Khamis, ketika Amerika Syarikat (AS) dilihat ke hadapan dalam pembrokeran perjanjian normalisasi antara Israel dan Arab Saudi.

“Sesiapa yang fikir keamanan di Timur Tengah adalah mungkin sebelum rakyat kami mencapai hak penuh mereka adalah khayalan,” katanya.

Normalisasi Israel-Arab Saudi akan melakar semula Timur Tengah secara dramatik dengan secara rasmi mengumpulkan dua rakan kongsi utama AS dan musuh lama.

Rundingan normalisasi adalah pusat rundingan kompleks yang turut merangkumi perbincangan mengenai jaminan keselamatan AS dan bantuan nuklear awam yang diminta Riyadh serta kemungkinan konsesi Israel kepada Palestin.

Gesaan Saudi dan AS supaya rakyat Palestin mendapat keuntungan menerusi sebarang perjanjian berkemungkinan tidak menyenangkan bagi kerajaan kanan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Netanyahu bertemu Presiden AS, Joe Biden pada Rabu di luar Perhimpunan Agung tahunan di New York.

Abbas juga menggesa PBB mengadakan persidangan untuk cuba menghidupkan semula rundingan damai Israel-Palestin – yang gagal pada 2014. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button