Berita Utama

Amizar harapan BN, penerus kesinambungan Allahyarham Johari

Zahid nasihat jentera jangan sesekali ambil mudah keupayaan pihak lawan

BENTONG, 7 Rabiulawal 1445H, Sabtu – Demi meneruskan kesinambungan perkhidmatan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi meminta pengundi setempat memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.

Terdahulu, Anak Felda Chemomoi, Datuk Amizar Abu Adam, 50, dinamakan sebagai calon mewakili BN di pada hari penamaan calon PRK DUN tersebut.

Ahmad Zahid berkata, BN menaruh penuh harapan terhadap calon yang dipilih kerana beliau terkenal dalam kalangan orang Pelangai dan juga adalah anak FELDA. 

“Tentunya lebih sikit 16,000 di Pelangai ini sangat mengharapkan kesinambungan perkhidmatan sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham Datuk Seri Johari.

“Jika calon BN diberi mandat untuk terus mencurahkan khidmat di kawasan itu, kita akan melakukan yang terbaik untuk warga Pelangai termasuk penduduk sekitar kawasan itu antaranya dari segi menyediakan kemudahan diperlukan mereka,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Dalam pada itu, Pengerusi BN berkata, kerjasama menerusi keserasian yang terbentuk antara parti komponen Kerajaan Perpaduan lain berupaya memastikan kerusi kubu kuat UMNO itu kekal menjadi milik parti berkenaan.

“Kita berterima kasih kerana rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan ini termasuk (Presiden Amanah) Datuk Seri Mohammad Sabu dan rakan yang lain… satu keserasian yang terbentuk, khususnya di (dalam PRK) di Johor, kami membantu mereka dan di sini (Pelangai) mereka pula membantu kita.

“Tambahan pula, keyakinan saya agak tinggi kepada Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengerusi BN Pahang dan beliau juga dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pelangai.

“Tentunya Pelangai masih sangat perlukan beberapa kemudahan sebagaimana yang saya dapati data-data keperluan mereka. Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Mengenai keyakinan BN pada PRK kali ini, Ahmad Zahid menasihati jentera parti jangan sesekali mengambil mudah akan keupayaan lawan.

Sementara itu, mengulas tindakan Haslihelmy DM Zulhasli yang bertanding calon Bebas bagi PRK DUN Pelangai, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan keahlian ahli UMNO Kampung Sum-Sum tergugur secara automatik.

PRK Pelangai akan diadakan pada 7 Oktober ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

BENTONG, 7 Rabiulawal 1445H, Sabtu – Demi meneruskan kesinambungan perkhidmatan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi meminta pengundi setempat memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.

Terdahulu, Anak Felda Chemomoi, Datuk Amizar Abu Adam, 50, dinamakan sebagai calon mewakili BN di pada hari penamaan calon PRK DUN Pelangai.

Ahmad Zahid berkata, BN menaruh penuh harapan terhadap calon yang dipilih kerana beliau terkenal dalam kalangan orang Pelangai dan juga adalah anak FELDA. 

“Tentunya lebih sikit 16,000 di Pelangai ini sangat mengharapkan kesinambungan perkhidmatan sebagaimana yang dilakukan oleh Allahyarham Datuk Seri Johari.

“Jika calon BN diberi mandat untuk terus mencurahkan khidmat di kawasan itu, kita akan melakukan yang terbaik untuk warga Pelangai termasuk penduduk sekitar kawasan itu antaranya dari segi menyediakan kemudahan diperlukan mereka,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, kerjasama menerusi keserasian yang terbentuk antara parti komponen Kerajaan Perpaduan lain berupaya memastikan kerusi kubu kuat UMNO itu kekal menjadi milik parti berkenaan.

“Kita berterima kasih kerana rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan ini termasuk (Presiden Amanah) Datuk Seri Mohammad S

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button