
GAZA, 8 Rabiulawal 1445H, Ahad – Negara haram Israel melancarkan serangan dron di Gaza selepas pertempuran di sepanjang sempadan Tel Aviv dengan semenanjung terkepung yang menyebabkan tiga rakyat Palestin cedera.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan dron itu, yang dilakukan pada petang Sabtu.
Serangan udara itu berlatarbelakangkan keganasan hampir setiap hari sejak 13 September di kedua-dua belah penghalang pemisah antara Israel dan Gaza.
Jurucakap tentera Israel berkata, serangan itu menyasarkan ‘pos tentera’ pergerakan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – yang mentadbir Semenanjung Gaza – berhampiran pertempuran di sepanjang penghalang.
Sumber keselamatan Palestin memberitahu agensi berita AFP bahawa peranti Israel menyasarkan tapak pengawasan milik Hamas di timur Kota Gaza.
Penduduk Gaza berkata, demonstrasi baru-baru ini di sepanjang sekatan Israel-Gaza bagi membantah isu termasuk layanan terhadap tahanan Palestin di penjara Israel dan pencerobohan orang Yahudi ke perkarangan Masjid al-Aqsa.
Ketua kumpulan Hamas, Ismail Haniyeh – yang kini menetap di antara Qatar dan Turkiye – memuji tindakan peserta himpunan dan menyampaikan ucapan rasa bangga dan terima kasih kepada semua pemuda revolusioner di sepanjang sempadan.
Tentera Israel mendakwa, peserta himpunan melancarkan belon pembakar ke wilayah Israel, memulakan kebakaran di kawasan berhampiran pagar pemisah.
Jumaat lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan 31 rakyat Palestin cedera ketika konfrontasi – yang berlaku beberapa hari selepas seorang peserta maut ditembak oleh tentera pengganas. – Agensi