Janganlah terlalu bebas seolah tak berpakaian
Ini negara Islam kena ada garis panduan, takkan nak biar seperti Barat

ETIKA berpakaian dan adab kena ada apabila berada di empat negeri diperintah PN. Di negeri lain, mereka mahu bebas nak buat macam mana, sekurang-kurang negeri PN ada beza.
Kita tidak boleh biarkan pelancong dan rakyat Malaysia bebas berpakaian, melakukan apa sahaja, sehingga akhirnya nanti, mereka bebas berbogel dan melakukan seks depan mata.
Di negara Barat, berbikini, hanya dibenarkan di tepi pantai dan kolam mandi. Bila naik ke atas, mereka perlu salin dan berpakaian sopan
Peliknya, di Malaysia, tidak kira di mana, di darat atau di air, mereka berbikini, bercoli dan berseluar dalam sahaja, bukan hanya pelancong, tetapi rakyat Malaysia pun semacam.
Saya berkesempatan berada di Langkawi baru-baru ini, keadaan di sana terlalu bebas, bercoli dan berseluar dalam sahaja, dalam bot pelancong. Di tepi pantai usahlah cerita. Sekurang-kurang apabila keluar sahaja daripada pandai, menaiki bot, kena lah ada garis panduan, seperti di Barat.
Kita ini negara Islam, kalau tidak ada beza, malah lebih teruk daripada mereka, apa erti nama Islam itu.
Apakah kita tidak ada dasar dan garis panduan.
Tidak usah dihiraukanlah apa Menteri pelancongan nak kata. Apa yang penting jaga negeri kita dengan baik. Kita jaga kita. Sama juga di Terengganu dan Kelantan. Saya tengok pelancong dan rakyat Malaysia, berada di pulau, di khalayak, naik kenderaan awam seperti kapal terbang, seperti bertelanjang. Tidak ada garis panduan.
Ya, kita tidak halang si kafir minum arak, tetapi jangan sampai arak membinasakan kehidupan orang lain. Begitu juga, kita tidak halang si kafir menutup aurat, tetapi jangan lah terlalu bebas, seolah-olah berpakaian seperti bertelanjang. Bersopanlah.
Jika Qatar, Brunei dan beberapa negara Islam boleh mengadakan garis panduan, kenapa tidak kita. Kita tidak halang kebebasan bukan Islam, tetapi biar berpada-pada. Jika tidak nanti, kita lebih teruk kebebasannya daripada negara Barat sendiri.
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah