Berita Utama

Hujan lebat dan ribut petir dijangka landa utara Semenanjung

Keadaan dijangka berlanjutan sehingga 27 September

BANGI, 9 Rabiulawal 1445H, Isnin – Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dalam tempoh lebih panjang dijangka melanda negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan negeri berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin yang sedang berlaku di kawasan utara Semenanjung Malaysia dijangka berlanjutan sehingga 27 September ini.

Katanya, keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button