Iran yakin normalisasi Arab Saudi-Israel akan gagal
Jalin hubungan dengan Arab Saudi ubah geopolitik Timur Tengah

WASHINGTON, 9 Rabiulawal 1445H, Isnin – Presiden Iran, Ebrahim Raisi memberitahu bahawa usaha tajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menormalisasikan hubungan Israel dengan negara-negara Teluk Arab, termasuk Arab Saudi ‘tidak akan berjaya’.
Dalam temu bual dengan CNN, Raisi juga berkata, Iran tidak menyatakan ia tidak mahu pemeriksa nuklear daripada badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.
Israel bergerak lebih dekat dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi berikutan inisiatif diplomatik yang dipacu oleh AS pada 2020 yang mendorong untuk menormalisasikan hubungan.
Menjalin hubungan dengan Arab Saudi – tuan rumah kepada beberapa tapak paling suci bagi Islam – akan menjadi hadiah utama bagi Israel dan mengubah geopolitik Timur Tengah.
Mengulas mengenai program nuklear Iran, Raisi berkata, pihaknya telah mengumumkan berkali-kali bahawa penggunaan senjata nuklear, penggunaan senjata pemusnah besar-besaran secara umum, tidak mempunyai tempat.
“Mengapa? Kerana kami tidak mempercayainya dan kami juga tidak memerlukannya,” katanya. – Agensi