Artikel Khas

Kenapa tak tegur keceluparan ultra kiasu tafsir ayat al-Quran?

Apakah kita takut kehilangan kuasa dan undi

KENAPA menteri, badan berkuasa agama, agamawan tidak ambil tindakan terhadap ultra kiasu dalam mentafsir surah An-Nisa ayat 59? Sekurang-kurangnya tegurlah…

Pendakwah yang ikhlas berdakwah disekat dan digam, manakala dia dibiarkan menafsirkan ayat al-Quran sewenang-wenangnya, hanya kerana politik.

Apakah kita takut kehilangan kuasa dan undi? Hentikan politik kemaruk undi dengan menghalalkan tindakan yang tidak sepatutnya. Ini juga salah satu Islamophobia, yang diucapkan di PBB. Justeru, ambillah tindakan walaupun sepakatan.

Hairan sungguh, kenapa tidak tegur keceluparan dan kurang ajar ultra kiasu DAP dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran? Saya sebagai mualaf pun, bukan bidang tafsir, pun tak berani, tafsir ikut suka, tanpas merujuk kepada agamawan (pakar) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ini tidak, seorang kafir, yang tidak bersunat, jahil Islam, tiba-tiba boleh mentafsirkan ayat Quran sewenang-wenangnya, tanpa merujuk kepada sesiapa. Alif ba ta, tak reti, baca Quran tak boleh, apatah lagi nak memahami, sedap ikut suka dia tafsir ayat 59 surah An Nisa.

Paling pelik, orang Melayu sepakatan tidak menegurnya, malah menyokong dan menghalalkan. Paling sedih, yang bercakap dan membela mempunyai latar belakang agama. Gila kuasa, gila undi, sanggup mempertahankan mengatakan tindakan itu tidak salah.

Kenapa kita jadi bacul kerana politik kemaruk kuasa. Jangan kerana politik kemaruk undi, kita biarkan orang kafir, terutama musuh Islam, mempermainkan kitab suci kita? Di manakah maruah kita sebagai umat Islam?

Kenapa kita tidak contohi sensitiviti umat Islam Indonesia? Apakah kita sudah lupa, isu yang hampir sama, Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja (Cahaya) Purnama @ Ah Hock mentafsirkan ayat Quran, surah al Maidah suatu ketika dahulu, Oktober 2016, sehingga membawa kepada bantahan besar-besaran, oleh seluruh penduduk Indonesia, mengakibatkan Ah Hock dipenjarakan?

Ratusan ribu, orang Islam dari merata pelosok Indonesia berhimpun di bandar raya Jakarta ‘membantah Ahok’, yang dikatakan telah menghina Islam. Umat Islam republik itu mahu Gabenor Jakarta yang lebih dikenali dengan nama Ahok dikenakan tindakan undang-undang ekoran kenyataannya mempertikaikan Surah Al-Maidah ketika berkempen di Pulau Seribu ketika itu.

Selain demonstrasi secara besar-besaran, umat Islam di sana, lebih tiga kali Jumaat berturut-turut umat Islam bersatu mengadakan demonstrasi secara berasingan di seluruh Indonesia.

Ahok, yang sebelum itu adalah Timbalan Gabenor Jakarta yang memenangi Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada), adalah satu-satunya calon Gabenor dari keturunan Cina (Tionghua) dan bukan beragama Islam di Indonesia.

Ahok kemudiannya dilantik sebagai Gabenor pada 2014 apabila Joko Widodo atau lebih dikenali sebagi Jokowi melepaskan jawatannya untuk bertanding sebagai Presiden.

Pada Pilkada Februari 2017 ini, Ahok yang mempertahankan jawatannya sebagai Gabenor, bertanding atas sokongan parti PDI-P pimpinan bekas presiden Megawati Soekarnoputri, Golkar dan Nasdem.

Oleh kerana tertekan dengan pencabarnya, untuk mendapat undi dari kalangan umat Islam, Ahok dalam kempennya ketika bertemu pengundi di Pulau Seribu, meminta umat Islam tidak terpedaya oleh golongan tertentu yang menggunakan ayat al-Quran, Surah Al-Maidah, yang menyebut umat Islam tidak boleh memilih kalangan bukan Islam untuk menjadi pemimpin mereka.

Kata-kata Ahok itu mengundang kontroversi dan menimbulkan kemarahan umat Islam di Indonesia dan mendakwa Ahok telah menghina Islam apabila mempertikaikan ayat-ayat suci al-Quran tersebut.

Cubaan Ahok memancing undi, ternyata menjejaskan popularitinya sebagai seorang yang kuat bekerja, tegas membanteras rasuah dan berani mengambil tindakan tidak popular seperti merobohkan rumah haram, memindahkan setinggan dan memusnahkan sarang-sarang pelacuran di bandar raya Jakarta.

Walaupun Ahok kemudiannya meminta maaf dan menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam namun ia tetap menjadi isu panas dan badan bukan kerajaan berasaskan Islam termasuk pertubuhan sangat berpengaruh iaitu Muhammadiyah kekal mahu Ahok dikenakan tindakan.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam satu kenyataannya berkata, ucapan Ahok sememangnya menyalahi undang-undang kerana dianggap telah menghina Al Quran dan golongan ulama yang membuat penafsiran maksud Surah Al Maidah. Akhirnya, Ah Hock dipenjarakan.

Hebatkan di Indonesia dalam mempertahankan maruah Islam? Saya tabik sensitiviti umat Islam Indonesia. Meskipun Ah Hock seorang yang ‘bersih’, namun dek kerana keceluparannya, terutama dalam menafsirkan ayat Quran, dia menanggung akibat.

Kita di sini, ultra kiasu ini kekal bebas. Mereka yang membantah tindakan ultra kiasu pula yang ditekan. Apakah tindakan ini wajar? Paling sadis, menteri dan agamawan sunyi sepi.

Belajarlah daripada pengalaman, jika pun tidak mahu belajar dari Indonesia. Indonesia pun hari ini, sudah mula meninggalkan kita dari segi ekonomi. Kita masih terkangkang-kangkang menyelesaikan krisis makanan seperti beras dan gula.

Ultra kiasu yang kurang ajar ini mesti diajar. Kalaulah saya memetik ayat Bible dalam konteks salah, sudah tentu saya akan dikecam hebat, termasuk laporan polis.

Justeru, saya ingatkan pimpinan PN, jika PH (BN) sudah disenyapkan, kerana takut hilang kuasa, PN jangan sampai seperti mereka. Jangan biarkan ultra kiasu mencampuri hal ehwal agama kita, kerana kita tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama mereka. Jangan kerana politik, kita pejamkan mata.

Sama juga isu, apabila saya lihat tular, gambar pemimpin PN bergambar bersama bekas pemimpin ultra kiasu keluar parti, pro LTTE, saya menjadi bimbang, apakah bekas pemimpin ultra kiasu yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri akan menyertai PN?

Jika benarlah, setelah keluar parti, PN mahu menerimanya, itulah awalan kehancuran kamu. Kamu tidak ada bezanya dengan PH BN. Sama sahaja. Jangan kerana mahukan kuasa, kita gadai prinsip dan maruah. Saya harap perkara tersebut tidak berlaku.

Dalam politik, kita perlu ada ketegasan. Kenali siapa lawan, siapa kawan. PN (PAS) jangan ulangi kesilapan UMNO, sanggup berkawan dengan lawan, kerana sudah tidak ada pilihan. Akibatnya, perjuangan sudah ketidaktahuan. UMNO sedang menanggung akibatnya masa kini. Silap hari bulan, PRK Pelangai tidak lama lagi, terlepas.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button