Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Jangan gopoh larang warga asing beli beras tempatan

Isu hak kemanusiaan tidak harus dibangkitkan

BANGI, 10 Rabiulawal 1445H, Selasa – Atas dasar kemanusiaan, warga asing di negara ini perlu diberi keizinan untuk terus membeli bekalan beras termasuk beras tempatan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata isu terbabit tidak seharusnya dibangkitkan kerana ia membabitkan hak kemanusiaan.

“Bagi saya ini soal kemanusiaan, mereka juga perlu makan dan dalam suasana begini, jangan kita gopoh (keluar cadangan) sebab kalau rakyat kita berada di luar negara dan mereka tidak dibenarkan membeli beras yang murah, kita juga akan terasa.

“Ini soal hak asasi manusia dan saya rasa mereka perlu terus diberi izin untuk membeli beras di negara ini, termasuk beras tempatan,” katanya seperti dipetik media tempatan.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh mendesak kerajaan supaya mengehadkan jualan beras tempatan hanya kepada rakyat Malaysia.

Beliau mengutarakan cadangan berkenaan susulan kenaikan harga bahan mentah itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button