Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Jawi siasat aduan berkait kes qazaf

Jangan terjebak sebarang bentuk kesalahan jenayah syariah

BANGI, 10 Muharram 1445H, Selasa – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyiasat aduan yang dikemukakan beberapa pihak berhubung isu kesalahan jenayah qazaf.

Siasatan akan dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan, pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada pihak yang dikenal pasti.

“Jawi mengingatkan semua pihak agar menjauhkan diri dari terjebak melakukan sebarang bentuk kesalahan jenayah syariah yang boleh menimbulkan kemudaratan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) membuat laporan kepada Jawi bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap pihak yang melakukan qazaf.

Meskipun tidak menyebut secara khusus kes yang dirujuknya, namun difahamkan ia berkaitan tindakan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin melontarkan perkataan ‘Tambun peliwat’ dalam sidang Dewan Rakyat, minggu lalu.

Dua pertubuhan itu mengemukakan dua laporan kepada Jawi berkaitan beberapa kes tuduhan qazaf yang telah berlaku sama ada di media sosial atau secara terbuka di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Seksyen itu menyatakan qazaf bermaksud membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button