Dunia

Mahkamah Perancis sahkan pengharaman jubah di sekolah

Tolak rayuan tiga pertubuhan meski tindakan kerajaan dikritik

PARIS, 10 Rabiulawal 1445H, Selasa – Mahkamah tertinggi Perancis memutuskan dasar larangan kerajaan terhadap pemakaian jubah di sekolah adalah sah.

Keputusan sekali gus menyebabkan mahkamah menolak rayuan tiga pertubuhan terhadap larangan pemakaian jubah bagi pelajar beragama Islam di sekolah – yang diumumkan bulan lalu.

Minggu lalu, kesatuan Sud Education Paris, La Voix Lyceene dan Le Poing Leve Lycee di Perancis memfailkan rayuan terhadap larangan itu.

Pada 31 Ogos, peguam bagi Tindakan Hak Muslim (ADM), Vincent Brengarth turut memfailkan rayuan kepada Majlis Negara untuk meminta penggantungan larangan ke atas pemakaian jubah, yang menurutnya melanggar beberapa kebebasan hak asasi.

Pada 7 September, Majlis Negara menolak rayuan ADM dengan alasan bahawa larangan itu tidak melanggar dan menyalahi hak kehidupan peribadi, kebebasan beragama dan hak pendidikan.

Tindakan kontroversi itu mencetuskan tindak balas terhadap kerajaan – yang dikritik sejak beberapa tahun kebelakangan ini – kerana jelas menyasarkan umat Islam dengan kenyataan serta dasarnya.

Ini termasuk serbuan ke atas masjid dan yayasan kebajikan serta undang-undang ‘anti-separatisme’ yang mengenakan sekatan luas ke atas masyarakat.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button