Maulidur Rasul ingatkan ummah terus perjuangan risalah kenabian, bukan sekadar upacara
Kegagalan fahami tujuan sebenar sambutan bakal jadikan perbincangan akademik menyimpang

SAMBUTAN Maulidur Rasul mestilah jangan sekali-kali dipisahkan dengan perjuangan Rasulullah SAW iaitu menegakkan sistem Allah SWT dalam mengatur kehidupan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia menggantikan sistem-sistem yang dicipta oleh manusia yang tidak lekang daripada unsur kepentingan diri dan kelompok.
Kegagalan dalam memahami tujuan sebenar sambutan maulid ini akan menyebabkan masyarakat ditenggelami serta lemas dalam perbincangan akademik yang kadang-kadang berlanjutan kepada perbahasan yang keluar daripada adab yang diperjuangkan oleh Nabi SAW.
MIUS berpandangan sambutan maulid boleh disambut dengan mengingatkan umat Islam untuk meneruskan perjuangan risalah kenabian bukan sekadar sambutan secara upacara sahaja yang mengorbankan banyak masa, wang dan tenaga tanpa mengubah keadaan umat dan kedaulatan Islam.
Wallaha’lam Bissawab.
Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS)
Dato Zamri bin Hashim