Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Mahkamah Dunia dengar tuntutan penyeksaan Syria

Bashar al-Assad tolak tuduhan pembunuhan di luar undang-undang dalam perang

AMSTERDAM, 13 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Mahkamah Dunia akan mendengar permintaan Belanda dan Kanada supaya mengarahkan Syria menghentikan semua tindakan penyeksaan dan penahanan sewenang-wenangnya pada 10 dan 11 Oktober ini.

Ia sebagai sebahagian daripada kes yang mendakwa negara itu telah melanggar perjanjian anti-penyeksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perbicaraan di Peace Palace – mahkamah di The Hague – akan menandakan kali pertama mahkamah antarabangsa melihat dakwaan penyeksaan yang dilakukan di Syria selama 12 tahun konflik.

Kerajaan Syria dan Presiden Bashar al-Assad telah menolak tuduhan penyeksaan dan pembunuhan di luar undang-undang dalam perang yang dikatakan PBB telah meragut ratusan ribu nyawa.

Ia membayangi keadaan semasa negara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button