Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Maybank tak kenakan caj Duitnow QR ketika ini

Sebarang perubahan akan dimaklum kepada peniaga lebih awal

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

“Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peniaga dengan lebih awal, kata bank tersebut.

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), yang mengendalikan kod DuitNow QR, baru-baru ini menjelaskan bahawa penepian bagi caj kadar diskaun pedagang (MDR) selama empat tahun ke atas peniaga akan tamat tempoh pada 1 Nov 2023.

Buat masa ini, pembayaran kad debit dan kredit adalah tertakluk kepada MDR. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button