Berita Utama

Tiada keperluan mendesak rombak Kabinet: PM

Hanya ada satu kekosongan susulan pemergian Allahyarham Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kunjungannya ke Istana Negara pada pagi Jumaat adalah aktiviti rutin mingguan pasca mesyuarat Kabinet.

Ditanya sama ada sesi menghadap mingguan beliau bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyentuh mengenai rombakan Kabinet, beliau berkata, ia hanyalah pertemuan mingguannya dengan Seri Paduka Baginda.

“Mungkin saya akan fikirkan kemudian. Tidak ada keperluan mendesak kerana hanya ada satu kekosongan,” kata Perdana Menteri.

Beliau merujuk kepada jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, portfolio yang sebelum ini dipegang oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dari Amanah, yang meninggal dunia pada Julai akibat pendarahan otak.

Awal pagi tadi, Anwar dilihat memasuki Istana Negara, memperhebatkan cakap-cakap mengenai rombakan Kabinet.

Anwar dilihat memasuki pintu pagar istana bersama rombongannya pagi tadi.

Perdana Menteri biasanya mengadakan pertemuan dengan Raja pada hari Rabu sebelum mesyuarat Kabinet mingguan dan oleh itu pertemuan pada hari Jumaat diperhatikan dengan teliti.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button