Berita Utama
Cuaca buruk diramal di negeri utara Semenanjung minggu depan
Ribut petir, hujan lebat berpotensi lebih panjang bermula 3 Oktober

BANGI, 14 Rabiulawal 1445H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk yang lebih panjang di kawasan perairan dan negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia minggu depan.
Ketua Pengarah MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ini berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan utara Semenanjung bermula 3 hingga 5 Oktober ini.
Katanya, keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh lebih panjang di negeri-negeri terbabit.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.