Dunia

Israel sengaja musnahkan rangkaian air penduduk Palestin

Penindasan berterusan untuk paksa penduduk pindah, bina penempatan haram

RAMALLAH, 14 Rabiulawal 1445H, Sabtu – Bukan hanya terus memperluaskan penjajahannya di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, pasukan pendudukan Israel turut meningkatkan penindasan ke atas rakyat Palestin di wilayah itu.

Semalam, pasukan pendudukan Israel sengaja memusnahkan rangkaian air utama di kampung Susiya, selatan Hebron di Tebing Barat yang diduduki.

Penyelaras Jawatankuasa Peerlindungan dan Ketahanan di Masafer Yatta, Fuad Al-Amour melaporkan bahawa pasukan pendudukan memusnahkan rangkaian air utama di kampung Susiya tanpa sebarang alasan, meskipun ia dibina secara sah.

Beliau berkata, pasukan pendudukan dan peneroka haram Israel terus melakukan pelanggaran terhadap penduduk di Masafer Yatta dan harta benda.

Ini bagi memaksa mereka meninggalkan kawasan itu untuk memberi laluan kepada penempatan haram Yahudi.

Bahkan, penceroboh juga sudah mengatur rancangan penempatan di beberapa komuniti di Masafer Yatta, bertujuan untuk merampas kira-kira 98 ekar tanah milik perkampungan Palestin.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button