Berita Utama

PAS nafi keluar arahan tak pertanding jawatan tertinggi

Saya yang mohon calonkan individu lain jawatan Timbalan Presiden

BANGI, 15 Rabiulawal 1445H, Ahad – PAS menafikan tuduhan kononnya mengeluarkan arahan untuk tidak mempertandingkan lima jawatan tertinggi parti itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, PAS tidak pernah menghalang calon dari mana-mana kawasan untuk memegang jawatan di dalam parti.

“Saya sewaktu merasmikan Mesyuarat Agong di beberapa kawasan memohon agar ahli parti mencalonkan individu lain untuk jawatan sebagai Timbalan Presiden.

“Jawatan adalah suatu amanah yang perlu dipikul seandainya dipilih. Berkat kerjasama Jemaah.

InsyaAllah jemaah ini akan terus diberkati Allah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi PAS pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang dijadual berlangsung bulan depan.

Lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Bagaimanapun kenyataan berkenaan diselar Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor yang menyifatkan partinya lebih demokratik berbanding PAS.

Mengulas perkara itu, Tuan Ibrahim menegaskan, jawatan adalah suatu amanah yang perlu dipikul seandainya dipilih.

“Berkat kerjasama jemaah, insyaAllah jemaah ini akan terus diberkati Allah.

“Apakah yang mendukacitakan kamu seandainya bebanan yang kamu pikul diangkat dari pundakmu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button