Berita UtamaDunia

Penduduk Jenin sesak nafas selepas rejim Israel lepaskan gas pemedih mata

Halau penduduk, ubah rumah jadi pos pengawal tentera haram

TEBING BARAT, 15 Rabiulawal 1445H, Ahad – Penduduk Palestin di kampung Jalboun, Jenin berdepan detik cemas apabila mengalami sesak nafas beramai-ramai selepas rejim haram Israel melepaskan gas pemedih mata ketika menyerbu perkampungan tersebut.

Kejadian berlaku ketika rejim menceroboh perkampungan mereka dan bertindak merampas beberapa rumah penduduk palestin dan diubah menjadi pos tentera untuk kawalan.

Ketua kampung Jalboun, Ibrahim al-Rab memberitahu WAFA, tentera negara haram menyerbu perkampungan dan mewujudkan pusat pemeriksaan tentera berhampiran sekolah.

Ketika serbuan, tentera haram melepaskan gas pemedih mata dan canister ke arah penduduk tempatan sehingga menyebabkan keseluruhan penduduk mengalami kesesakan nafas akibat terhidu bahan toksik tersebut.

Lebih zalim, tentera negara haram secara paksa mengusir penduduk, Jihad Abu al-Rab dan keluarganya.

Serangan terbaru ini menambahkan lagi ketegangan yang berterusan di Tebing Barat selain menimbulkan kebimbangan mengenai kesejahteraan penduduk Palestin yang hidup dalam kawalan rejim haram. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button