Berita Utama

Malaysia kutuk serangan berani mati di Ankara

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit

BANGI, 16 Rabiulawal 1445H, Isnin – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan berani mati di Ankara semalam sehingga mencederakan dua orang pegawai polis.

Kementerian Luar berkata, sebagai tanda solidariti bersama Turkiye dan seiring dengan pendirian masyarakat antarabangsa, Malaysia menentang penuh sebarang bentuk tindakan keganasan bertujuan mengganggu proses politik yang sah.

Bagaimanapun katanya, tiada laporan mana-mana rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian itu.

“Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan terkini dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Rakyat Malaysia di Turkiye digesa untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian terkutuk itu, dua penyerang meletupkan bom di hadapan bangunan kerajaan Turkiye di Ankara menyebabkan kedua-dua penyerang maut dan dua pegawai polis cedera.

Kumpulan militan Kurdish mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Bagaimanapun, Wisma Putra berkata, sekiranya memerlukan bantuan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul boleh dihubungi seperti di butiran berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara
No. Telefon : 00 (90-312) 44635 47 / 48
00 (90 – 5078128406) (Telefon bimbit)
Emel : [email protected]

Konsulat Malaysia di Istanbul
No. Telefon : 00 (90-212) 989 10 01
Emel : [email protected]

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button