Berita UtamaDunia

‘Tiada siapa boleh halang perjuangan Turkiye tentang keganasan’

Polis Turkiye cedera diserang pengganas di ibu negara

ANKARA, 16 Rabiulawal 1445H, Isnin – Dua pegawai polis cedera apabila salah seorang daripada dua pengganas meletupkan dirinya di hadapan Jabatan Keselamatan Am di ibu negara Turkiye, Ankara.

“…Dua pengganas, yang tiba dengan kenderaan komersial ringan di hadapan pintu pagar Jabatan Keselamatan Am, melakukan serangan bom.

“Salah seorang pengganas meletupkan dirinya dan seorang lagi pengganas telah dineutralkan,” kata Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya di X.

Yerlikaya berkata, dua pegawai polis cedera dalam serangan itu, yang berlaku pada 9.30 pagi waktu tempatan (0630GMT).

Media melaporkan, Pejabat Ketua Pendakwa Raya Ankara melancarkan siasatan terhadap serangan pengganas, manakala Mahkamah Keamanan Jenayah Ankara telah mengeluarkan larangan akses media dan penerbitan.

Berikutan letupan itu, pasukan polis meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sekitar.

Jalan utama Ataturk Boulevard ditutup kepada lalu lintas kerana letupan berhampiran salah satu pintu Perhimpunan Agung Negara.

Menulis pada X, beliau mendoakan agar pegawai polis yang sedang menerima rawatan cepat sembuh.

Naib Presiden Turkiye, Cevdet Yilmaz berkata pada X bahawa percubaan mereka untuk mengganggu keamanan tidak akan berjaya.

Sementara itu, Menteri Kehakiman Yilmaz Tunc mengecam serangan itu dan mendoakan pegawai polis yang cedera segera sembuh.

“Serangan ini sama sekali tidak akan menghalang perjuangan Türkiye menentang keganasan. Ia akan diteruskan dengan lebih bersungguh-sungguh,” kata Tunc pada X. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button