Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Hampir setahun memerintah, mana formula ekonomi dicanang?

Ahmad Fayhsal tawar nasihat percuma kepada Kerajaan Madani

BANGI, 17 Rabiulawal 1445H, Selasa – “Dah hampir setahun memerintah, apa sudah jadi? Mana formula ekonomi yang kamu canangkan?”

Demikian soal Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kepada Kerajaan Madani selepas Bank Dunia memaklumkan hasil Malaysia yang sebahagian daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin menurun, dengan hasil cukai jauh di bawah 12 peratus daripada KDNK.

Semalam, Bank Dunia menyatakan Malaysia seharusnya mempunyai strategi hasil jangka sederhana hingga panjang yang sesuai untuk memulihkan penampan fiskalnya.

Menurutnya, ekonomi Malaysia diunjurkan menyederhana kepada 3.9 peratus pada 2023, dengan beberapa cabaran utama berterusan di peringkat domestik, termasuk ruang fiskal yang semakin sempit, apabila hasil cukai kerajaan terus menurun.

Katanya, perbelanjaan ke atas gaji, pencen dan pembayaran faedah terus meningkat, diburukkan lagi dengan pelbagai perbelanjaan yang tidak cekap, termasuk subsidi bahan api yang meluas dan kawalan harga yang bersifat berat sebelah.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Fayhsal secara sinis memberi nasihat percuma untuk kerajaan bagi membaiki kelemahan ketika ini.

“Ada dua masalah utama. Menteri Kewangan separuh masa. Menteri Ekonomi yang berlagak dia betul seorang.

“Baguslah rombak Kabinet gugurkan kedua-dua menteri ini nescaya Malaysia boleh diselamatkan daripada hancur ekonominya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button