Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Agong kurnia watikah pelantikan kepada 15 perwakilan Malaysia ke luar negara

Nadzirah Osman dilantik Wakil Tetap Malaysia ke PBB

KUALA LUMPUR, 18 Rabiulawal 1445H, Rabu – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara, hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan itu.

Perwakilan yang baharu dilantik itu ialah Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad, Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Sharrina Abdullah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Muzafar Shah Mustafa.

Turut menerima watikah Duta Besar Malaysia ke Belgium Datuk Mohd Khalid Abbasi Ab Razak, Duta Besar Malaysia ke Belanda Roseli Abdul, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan Rus Shazila Osman, Duta Besar Malaysia ke Ireland Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid, Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan Mohd Suhaimi Ahmad Tajuddin.

Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Mexico Jamal Sharifuddin Johan, Duta Besar Malaysia ke Cuba Muhammad Radzi Jamaludin, Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea Hamizan Hashim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Fiji Nor’ Azam Mohd Idrus dan Duta Besar Malaysia ke Itali Zahid Rastam.

Hadir sama Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sementara itu, Kementerian Luar dalam kenyataan turut mengumumkan pelantikan Datuk Nadzirah Osman sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland dan surat pelantikan telah diserahkan kepada beliau oleh Zambry semalam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button