Berita UtamaIstimewa

Tolonglah tegur, ini Kerajaan Malaysia bukan Madani

Akibat bila wakil rakyat tak ikut kursus asas sains politik

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 19 Rabiulawal 1445H, Khamis – Prof Dr Mohd Ridhuan Tee sekali lagi menasihatkan semua pihak supaya menggunakan istilah Kerajaan Malaysia dengan betul tanpa menambah penggunaan kata lain yang ternyata salah dan bercanggah undang-undang-undang.

Beliau berkata, kerajaan yang ada dahulu hinggalah sekarang hanya Kerajaan Malaysia – bukan Kerajaan Madani atau kerajaan yang di belakangnya parti politik.

Kerajaan adalah kerajaan, kita hanya ada satu kerajaan – yang mana ia berdaulat, mempunyai kuasa, dan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap orang lain atau mempertahankan haknya.

“Kerajaan Malaysia tetap Kerajaan Malaysia, ianya berdaulat. Tidak adalah ada istilah Kerajaan Madani, Kerajaan Anwar, Kerajaan Muhyiddin, Kerajaan Najib, Kerajaan PN, Kerajaan PH atau apa sahaja.

“Dalam konteks hari ini, Madani itu adalah tag line kerajaan, maka sebutlah, Kerajaan Malaysia Madani atau kerajaan Malaysia yang menjunjung Madani.

“Sebutlah nama Kerajaan Malaysia, kerana ia berjalan seiringan. Tidak boleh dipisahkan, walau apa pun sekali terjadi,” katanya kepada Ismaweb.

Beliau mengakui pelik apabila wakil rakyat sendiri tidak menyebut Kerajaan Malaysia ketika membahaskan perkara di Parlimen.

“Lebih pelik, Speaker pun tidak menegur. Speaker juga tidak faham asas ilmu politik. Inilah akibatnya apabila orang politik atau wakil rakyat tidak mengikuti kursus asas sains politik.

“Pada saya, sudah sampai masanya, wakil rakyat diberikan kursus asas politik.

“Kita mahu pemimpin guna perkataan yang betul dan tepat supaya tidak menjadi bahan ketawa dunia,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button